≡ Menu

Resepi Gulai Daging Terengganu

gulaiterengganu

gulaiterengganu

berkongsi Resipi Gulai Daging Terengganu. Resipi Gulai Daging Terengganu ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Bahan-bahan:
500gm daging lembu
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang
2 keping asam keping
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

{ 0 comments }

Resepi Ketam Goreng Sos Tomato

Resepi Ketam Tomato

Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam yang besar. direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
  • sedikit hirisan cili merah
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan mesin

  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Cara-cara

  • Tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
  • Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula.
  • Hidangkan setelah masak.
{ 0 comments }

Resepi Kek Red Velvet

Red-Velvet-Cheesecake-Cake-8

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (Diayak)
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 1/2 cawan tepung kek
    *(1 cawan tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch bersama 1 measuring cup dan isikan selebihnya bersama “all purpose flour”. Diayak sebanyak 3 kali.)
  • 2 oz pewarna merah
    *(kalau anda sukar sukat menggunakan oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk

Resepi Cream Cheese Frosting

  • 1/2 cawan butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 ketul cream cheese, dilembutkan
  • 2 cawan gula icing (gula kisar), diayak.
    *Kurangkan gula sekiranya ingin kurangkan manis.red-velved-cake

Cara-cara:

RESEPI BUTTERMILK:
Campurkan bersama tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit.
Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak.
*Pilihan anda yang mana lebih sesuai.

RESEPI KEK:
Sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

  1. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil yang lain, gaulkan serbuk koko dan pewarna merah sehingga menjadi pes yang sebati.
  2. Dalam satu bekas besar yang lain, pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, dan kemudian masukan esen vanilla dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  3. Perlahankan mixer, masukkan 1/3  tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2  buttermilk, pukul sehingga rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung ,pukul dan masukkan semua buttermilk, pukul dan kemudian masukkan kesemua baki tepung yang tinggal.
  4. Campurkan cuka dan baking soda dalam satu bekas kecil. Sehingga berbuih. Segera campurkan ke dalam adunan kek dan kacau, kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. (Kek ni moist, jadi perlu diperiksa segera. Apabila dicucuk dengan lidi dan bersih, keluarkan dari oven.)
  6. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan frosting.

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:

Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

  1. Untuk meletak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek, lagi tebal lagi sedap. Kemudian letakkan bahagian kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting ke seluruh kek.
  2. Untuk lebih sedap, sejukkan di dalam peti sejuk seketika. Yummy!
{ 0 comments }